hazwan,
hi!
i just chat wif kimyun then she told me u have add her recently!she was very excited that u still remember her. we did not meet each n other for many years but u still remember ur stupid classmates!haha!
im fine .i study in taiwan after form 5. mayb i got something wrong that i donz want study in malaysia. i always use chinese until my english bcome lousy.i can not speak english vry well again...:(
Mesej ni datang daripada Nenek , salah seorg budak perempuan Cina kelas aku semasa aku bersekolah di SMK Mansur Shah. Skg dia berada di Taiwan .. tk tau la dia study pasal apa .. rupanya dia meninggalkan Malaysia lepas form 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taiwan .
Haha .. dan yg peliknya Nenek tk berubah , masih lg 'gila-gila' (thats why we call her Nenek) dan happy go lucky .
Rindu rasanya aku dgn kawan2 yg sama2 belajar di Mansur Shah dlu . Terutamanya dgn budak2 Cina ..amoi2 .. Dan dlm 2,3 ari lepas aku dpt menghubungi 3,4 org bdk Cina melalui Friendster
.. itu pn search dgn menggunakan nama sekolah . Kebanyakan mrk skg belajar ni UTAR dan Kolej TAR .. dan ada yg dh kawen pun . Pow Xian , Mei Chu , Mei Yee , Kim Yun , Poh Geok , Moses , Yoke Hong .. atr nama2 yg masih blh aku igt .Dan aku juga happy .. diorg masih igt lagi nama aku .
Mgkin korg rasa pelik , kenapa aku blh rapat dgn diorg ni ? Aku bersekolah di sekolah rendah yg 99 peratus bdk Melayu .. dan kemudian ke SMK Mansur Shah yg berkomposisi 40 peratus Melayu ,40 peratus Cina dan 20 peratus India ... termasuk la cikgu2 yg berbilang bangsa .
Walaupun semasa sek rendah aku bersekolah yg majoritinya bdk Melayu .. tetapi aku dibesarkan di kawasan yg 90 peratus penduduknya bkn org Melayu .
Taman Bukit Tampin , Kuala Ina .. itulah tempat di mana aku dan adik beradik aku dibesarkan .
Dan kitorg ditemani dgn jiran2 Cina dan India , hanya 5 buah rumah teres sahaja yg didiami oleh keluarga Melayu . Tupun ada sorg je bdk Melayu yg sama sekolah dgn aku dari taman tu . Yang lain2 Cina dan India lah yg menjadi rakan sepermainan aku dan abg aku . Tapi itu tk menjadi penghalang kpd kitorg utk bermain bersama. Gasing, layang2, bola , badminton , guli, rounders,memancing ,mesin kuda?.. sumenya menjadi permainan kami . Haha .. dan yg bagusnya aku dan abg aku dpt menguasai 2 bahasa diorg . Contoh yg ringkas ialah perkataan OUT .. kita org Melayu sebut OUT dgn betul .. ttp Chinese menyebut OUTLIAU dan India OUTLE .. Jiran2 Cina pn sume nya baik2 belaka , pernah satu hari jiran Cina sebelah kami mengadakan kenduri kahwin kecil2 lan utk jiran (mgkin utk declare dia dh kawen) .. dia memanggil jiran2 Melayu dan India yg lain utk dtg makan di rumahnya . Duduk bersila ..dan dimasak oleh orang Melayu, baik betul uncle tu .
Then selepas mendapat keputusan UPSR yg biasa saje .. (mmber2 sume gi MOZAC .. jeles gila masa tu) so masuklah ke sek yg biasa saje .. Mansur Shah , sekolah yg agak digeruni ..pelajar2 Cina dan India sana pnh mendapat 'pengiktirafan' utk direkrut menjadi ahli kongsi gelap . Pergaduhan atr pelajar2 Cina,India, Melayu menjadi acara bulanan di hadapan sekolah .. dan klu besar , sehingga blh melibatkan ahli2 dr luar . Dan selalunya mmg ada 2 org polis yg akan sentiasa menunggu di depan pintu gate sekolah ....aku rasa smpai arini kot .. tujuan nya utk mencegah pergaduhan .
Itu berlaku suma sblm tahun 1999 , lepas aku masuk sek tu ..ada gaduh2 gak tp tk seberat smpai libatkn samseng2 dr luar . Erm .. mmg best belajar kt sek kebangsaan , dpt kaco amoi2 .. skodeng2 .. itu atr aktiviti aku dan kwn2 aku. Tambahan pula klu kelas A tu mmg didominasi Chinese , bdk Melayu cuma 10 ke 15 org .. dan makin berkurg selepas ke form 4 . Cuma aku dan beberapa kwn aku berjaya kekal sehingga form 4 .
Mmg best dpt satu kelas dgn amoi2 . Aku merasa bertuah , yg peliknya .. aku cenderung utk berbual dgn diorg berbanding dgn pompuan Melayu . Pow Xian dan Yoke Hong @ Yokie, dua org amoi yg popular , yg mmg selalu jadi bahan kacau aku dan kwnku. Pow Xian lebih mesra dan byk ckp berbanding dgn Yokie yg tekun, pendiam dan kurg mesra . Pow Xian slim , lawa gakla .. tp mata sepet sgt . Yokie pula lambut lurus mcm model Rejoice, pipi merah dan bermata besar .. cuma idung kureng mancung . Tapi aku lebih minat Yokie. Poh Geok dan Kim Yum pula dua amoi kelas sebelah plk .. klu sehari tk menyakat aku mmg tak sah . Tak habis2 dgn memanggil aku dgn nama pelakon Cina dr Hong Kong .. Mah Chin Tau .. cmni kot ejaan dia ..igt lagi hehe.
Yokie ni amoi yg paling pandai .. Dari form 1 smpai form 3 tempat pertama habis sume dia bolot .Mengikut dr belakang ialah Mei Chu sorg lg awek Cina . Aku pula .. kadang2 naik podium kdg2 tak . Selepas aku berhenti dr Pengakap dan amik tuisyen .. barulah aku dpt mengikuti rapat di blakang Yokie dan Mei Chu pula berjaya aku kalahkan . Masa tu cuma satu je tujuan aku blaja, iaitu kalahkan Yokie , mesti korg tk percaya haha .. dan hajat aku tercapai, akhirnya aku dpt menumpaskan Yokie dlm PMR dan final exam form 3 .. buat pertama kalinya tangga pertama podium milikku dan Yokie sekadar berpuas hati di tempat kedua .. ewah mcm Formula One plk .
Selepas 2,3 minggu naik form 4 , aku meninggalkan Mansur Shah dlm keadaan yg tergesa2 .. ari Jumaat masa tu ... smpai pukul 1 makcik kerani uruskan sijil tamat sekolah aku . Lepas aku klua Mozac , dh abis SPM masa tu .. aku dgr Pow Xian dh kawen dan Yokie ke matriks Melaka . Mengikut maklumat Friendster skg Yokie tgh belajar di Australia .. sasuga The Unbeaten Amoi.
Mgkin skg aku dh ketinggalan jauh di belakang Yokie ... kempunan nk ngorat dia masa kt Mansur Shah dlu ..Apa pun aku rasa happy .. selepas 7 tahun .. dpt jmpa balik diorg ..saijien!!
Kenkyu-kun : Lepas masuk MOZAC tk naik podium lagi haha ... dan aku dh lupa bahasa Tamil dan bahasa Cina ..