Bagaikan tidak percaya esok akan bermulanya sesi kuliah utk tahun yg akhir. Entah kenapa terasa sedikit ketakutan menyebulungi hati ... mungkin kerana lepas masuk 5 nen (tahun 5 ) ni .. akan busy dgn kenkyu (research) .. ataupun jyukeng benkyo (entrance examination`s study) yg tk habis lagi ..?
Terasa masa berlalu terlalu pantas ..
Di Jepun semua sesi persekolahan, universiti ataupun company2nya akan bermula pada bulan April (Spring) .. umpama membuka lembaran baru .. aku juga tidak ketinggalan .. berazam utk memperbaiki diri menjadi lebih baik pada tahun ini ..
Menjalinkan hubungan yg lebih baik dgn sensei2 dan nihonjin2 ( japanese) yg lain.
Mengggunakan masa lebih berpatutan , tidak dibiarkan ia mengalir begitu sahaja.
Membuat sesuatu sehingga perfect dan complete ..
Good bye Haru ,
Haru .. seorg nihonjin yg paling baik pernah aku jumpa . Hampir setiap minggu dia akan menelefon aku dan memujuk aku bermalam ke rumah nya, paling tidak pun dia akan mengajak aku ke mana2 ..
Walaupun Haru sudah aku kenali sejak 2 tahun yg lalu ..kami menjadi begitu rapat start dari tahun lepas . Banyak yg dpt aku pelajari sepanjang berkawan dgn Haru , dan kami banyak bertukar2 fikiran . Bukan sahaja ttg Jepun malah politik ,dunia , agama (terutama Islam)
kadang2 menjadi tajuk perbualan kami.
Kini Haru melanjutkan pengajian masternya di salah satu univerisiti di Kyoto . Walaupun kami berjauhan, keitai (handset) dan email menjadi alat perhubungan kami .
Apa yg menarik ttg Haru .. dia amat berbeza dgn nihonjin2 yg lain kerana dia tidak segan ingin berkawan dgn foreigner dan suka bertukar2 pendapat .
Suka aku melihat cara hidupnya yg tidak seperti org Jepun yg lebih suka berfoya2 dgn perempuan , minum dan lain2 lagi. (mmg culture diorg...)
Kadang2 aku mengusik Haru supaya memeluk Islam , mungkin pintu hatinya belum terbuka lagi .. mungkin satu hari nanti ..
Kenkyukun : Arigatou Haru ..
"俺はハズワンとお互いに文化や宗教などの知識を教えてもらって、自分達を高めることができる。
それは素晴らしい人間になるでしょう。”
ー斉藤興春ー
"We exchange our knowledge about culture and religion . Together we can raise ourselves to higher level and become better human being . "
-Koharu Saito-

2 comments:
Wah, dah maju dengan blogspot nampak? Weh, Haru tu makan pedas cili tak?
kalau makan, haa..ade can la ko jadikan die adik ipar ko ke? haha..
update2.. teruskan update ya?
Macam nama hero dorama Pride nih!
Post a Comment